![]() |
| Tak jaga mata macam ni la jadinya. |
"Weh Joe, jom pi makan!" sergah aku. Joe ni aku perati 24 jam duk ngadap laptop. Aku tak tau bila dia ni tido dan makan. Entah apa yang dilayankan aku tak pasti.
"Woi ko tak lapar ke? Jom lah makan gila!" tengking aku.
"Takpe ar aku tak lapar lagi." balas Joe sambil mata tak berkelip mengadap laptop.
"Ko tengok ape gila? blue?" aku dah mula panas baran.
"Ehhh mana ada, aaaku tengok movie la." balas Joe gagap. Hampir nak kantoi dia dengan aku.
"Macam la aku tak tahu. Balik nanti kasi external hardisk ko tu, aku nak copy." kataku serius.Ah budak-budak ni macam aku tak tau je dorang ade simpan stok-stok ni. Student life ni aku dah masak sangat.
"Joe pinjam motor jap. Aku nak pergi kedai makan depan tu." mintaku.
"Bukan aku tak nak bagi, motor tu aku baru repair." balas Joe dengan wajah berkerut 23 lapis.
"Ko nak repair sekali lagi tak? Kalau tak nak meh kunci." ugut aku.
"Yela, bawak elok-elok wei ko bawak dah la macam hantu!" rungut Joe. Malas aku nak layan budak Joe ni. Ada motor tapi
dibiarkan berhabuk. Tebuan pon dah mula usha-usha tapak. Tunggu masa nak pacak tiang je.
Petang-petang macamni dengan berseluar jeans dan singlet putih aku cadang nak melantak kat warung area rumah sewa aku ni. Sebab lapar gila tak boleh tahan dengan gelojoh aku start motor. Empat lima kali aku start motor tak nak jugak hidup. Berang betul aku. Perut lapar motor pulak buat hal. Ni semua Joe punya pasal, seminggu tak start motor. Kalau aku ni mat ponek, tak hingin aku nak rembat motor buruk dia ni.
Dekat sepuluh kali jugak aku cuba, kali ke 23 baru hidup motor dia ni. Entah berapa puluh carutan tersembur dari mulut aku sepangjang perjalanan. Lapar punya pasal aku layankan saje.
Sampai je di kedai makan, aku usha ramai betul orang. Diorang ni takda tempat lain ke nak makan. Ni mesti jenis tak pandai masak kat rumah. Kalau reramai macamni konfem berpeluh ketiak tunggu baru boleh dapat suap.
Aku pun parking motor sambil membetulkan rambut berpandukan side mirror. Kacak betul muka mamat dalam side mirror ni. Itu pasal kalau boleh aku tak nak tengok. Aku perati budak-budak kat kedai ni duk usha aku dari aku start sampai tadi lagi.
Lama jugak diorang ni usha aku. Muka dorang ni sekor-sekor pun aku tak kenal tapi usha aku lebih-lebih pulak. Ahh aku mula la panas. Aku triple check kalau-kalau zip jeans aku ni terbukak. Takda pun. Singlet aku pun ok je baru basuh. Ketiak aku pun wangi je. Sixpacks aku pun elok je timbul lagi. Ape yang bebudak ni usha?
Aku tak puas hati lah orang yang suka usha aku tanpa sebab ni. Usha aku macam aku curi tong gas rumah dorang, macam aku ni kacau awek dorang kat facebook.
Aku cuba coolkan diri. Bermodalkan wajah kacak dan berdada bidang, dengan angkuh aku mengatur langkah ke sudut tepi kedai. Ada satu meja kosong kat situ. Aku duduk sambil mencampak keras kunci motor ke atas meja.
"Kak bagi nasi goreng ayam. Minum ais kosong!" pekik aku dari jauh. Makin galak pulak bebudak ni usha aku. Awek-awek ni pun macam tak nak lepaskan peluang tatap wajah kacak aku. Ape dorang nak aku pun tak tau. Menyirap, meluap-luap darah aku tengok bebudak ni.
Aku tenung rapat mata sorang mamat ni. Dia ni paling biadap sekali berbanding yang lain. Makin aku usha, makin nak tersembul biji mata dia merenung aku. Muka takdalah kacak mana, bawa awek pulak. Aku yang 23 kali ganda aaron aziz pun takda awek yang lekat.
"Mamat ni memang nak kena." Bisikku. Perlahan-lahan aku capai pisau rambo yang terlilit pada seluar jeans levi original aku. Pisau rambo yang bertahun-tahun diasah bersama air embun ni memang aku bawak pergi mana-mana untuk keselamatan. Hari ini berguna jugak pisau ni.
Aku berlari pantas ke arah meja mamat tersebut sambil tangan kanan menggenggam erat pisau rambo. Tanpa banyak bunyi aku cungkil kiri kanan bebola mata mamat ni dengan lahap sekali. Tergolek jatuh bebola mata mamat ni lantas aku sepak ke longkang.
"Ahhhhhh tolong bang, sakitttttttt" jerit mamat tersebut.
Bebudak lain aku tengok dah bertempiaran lari macam kena kejar anjing. Ada yang jatuh tersungkur. Tiada siapa berani patah semula untuk membantu. Hanya tinggal mamat ni dengan awek dia.
"Ko nak usha aku sangat kan? Sekarang kau usha aku puas-puas!" bentak aku."Tolong bang, tolong.. Saya tak usha abang lagi. Abang power. Maaf bang.. " rayu mamat ni minta untuk dilepaskan.Atas dasar keperimanusiaan dan kerana awek dia buat muka kesian macam kanak-kanak yang minta didukung, aku lepaskan mereka.
Makanan yang terhidang aku tak sentuh. Mood makan aku dah padam. Aku tinggalkan beberapa notes biru di atas meja. Tanpa buang masa aku start motor dan pergi dengan angkuh meninggalkan mak cik kedai tercengang-cengang. Sayup-sayup kedengaran siren ambulans tiba di kedai tersebut.
Aku pun sudah berada di rumah sewa. Aku masuk kedalam bilik dan merebahkan badanku ke katil. Aku terlelap puas.
.jpg)
